Ahad, 17 Ogos 2008

Pemuda & Perjuangan Ummah...

Salam.

Artikel yg baik utk dkongsi bsama…

Wslm..

Ketahuilah wahai para pemuda da’wah, bahawa …

Dalam sejarah kebangkitan bangsa-bangsa,
pemuda selalu memiliki peranan yang besar dan
strategik, kerana untuk menuju kebangkitan
bangsa diperlukan daya kekuatan berupa
keyakinan yang kuat, ketulusan, semangat yang
jujur, kesungguhan dalam kerja dan pengorbanan.

Dalam hal ini pemudalah yang berpotensi untuk itu,
kerana pemuda adalah simbol hati yang masih
jernih sehingga memiliki keyakinan dan iman yang
kuat, kejujuran yang memungkinkan untuk
memiliki ketulusan dan keikhlasan dalam beramal,
serta semangat yang menggebu yang
memungkinkan untuk beramal dengan sungguh-
sungguh dan penuh dengan pengorbanan.

Namun demikian potensi tersebut sifatnya statik,
jika pemuda tidak mendapatkan pembinaan yang
baik maka potensi tersebut akan menjadi tenaga
negatif yang merosak diri dan orang lain. Dengan
demikian jelaslah bagi kita bahawa dalam rangka
menyongsong kebangkitan umat, segala program
yang mencerminkan perhatian kepada pemuda
adalah keperluan yang tidak boleh kita abaikan.

Dalam keadaan apapun pemuda selalu menjadi
tumpuan harapan umat demi masa depan yang
lebih baik. Namun demikian keadaan menjadi
sangat berbeza antara pemuda yang tumbuh pada
saat umat sedang jaya, aman damai dan sentosa
dengan pemuda yang tumbuh pada saat umat
sedang mengalami kejatuhan dan baru mulai
menyedari akan perlunya bangkit kembali merebut
kemerdekaannya yang hilang, kekayaannya yang
diratah, hak yang dirampas dan bahkan jati dirinya
yang tertimbun oleh nilai-nilai kejahiliyahan.
Pemuda jenis pertama tentunya akan cukup
memfokuskan pada agenda dirinya daripada
agenda umat dan orang lain. Kerana dengan begitu
dia sudah cukup baik peranannya untuk meraih
masa depan yang lebih baik.

Berbeza dengan pemuda yang tumbuh pada saat
umat sedang jatuh dan baru mulai menyedari akan
perlunya bangkit kembali. Dalam keadaan seperti
ini pemuda dituntut untuk lebih memperhatikan
nasib orang lain dan agenda umat dari pada nasib
dan agenda diri sendiri. Para pemuda dituntut
untuk berfikir panjang, menentukan sikap dan
strategi, serta kerja keras yang berkesinambungan.

Saat ini keadaan umat bagaikan orang yang sakit
parah dan memperlukan pengubatan serta
perawatan yang benar untuk menuju
kesembuhannya. Atas takdir Allah dan
alhamdulillah kita tumbuh pada saat umat sedang
berjuang keras menuju kebangkitannya. Ternyata
kitalah para pemuda yang harus menjadi doktor
dan perawatnya. Alangkah beratnya tugas ini,
alangkah mulianya tugas ini dan alangkah
besarnya pahalanya di sisi Allah !. Para pemuda
mestinya bangga bahawa dirinya telah bergabung
dengan da’wah ini, kerana berarti Allah telah
memuliakannya di antara sekalian makhluknya
untuk menjadi pemimpin dunia.

Dalam keadaan seperti ini yang diperlukan adalah
diagnosa/analisa yang tepat terhadap masalah
umat ini sampai kita mampu mengenalpasti
penyakit-penyakitnya dengan benar. Bila ternyata
penyakit itu cukup kompleks maka kita harus tahu
skala keutamaan dan punca penyakitnya,
kemudian menentukan ubat dan dosya, proses
perubatan yang benar dan perawatan yang teliti
demi mengembalikan kesihatannya dengan baik.

Dari keadaan umat yang sedang bangkit yang
paling memprihatinkan adalah bahawa umat Islam
bangkit dalam keadaan tubuh yang terpecah-pecah
oleh banyaknya aliran da’wah yang saling berbeza,
munculannya manhaj yang banyak dan
membingungkan, pertembungan pendekatan
da’wah sesama kelompok Islam ditambah dengan
individu-individu yang bercita-cita dengan agenda
peribadi dan kariernya yang menumpang kejayaan
di tengah-tengah kegiatan da’wah. Semua itu tidak
lain hanya akan mengoyak-rabak potensi umat
sehingga menjadi tak berdaya. Semua ini menjurus
kepada keperluan adanya kajian analisa yang
serius untuk kemudian dicarikan formula yang
tepat untuk menyelamatkan umat ini.

Sebelum segala macam pendekatan diusulkan
untuk menyelamatkan umat ini, ada satu hal yang
tidak boleh ditawar lagi, bahawa yang pernah
membuat umat ini berjaya adalah kerana mereka
memiliki Islam yang utuh, bersih dan sempurna.
Dan bahawa kemudian tangan-tangan jahat musuh-
musuh Islam merosaknya dengan menambah,
mengurangi dan menyimpangkan pemahamannya,
sehingga lahirlah Islam yang cacat dan tidak utuh
lagi. Inilah yang telah melemahkan dan memecah-
belahkan umat Islam.

Untuk itu, satu hal yang tidak boleh ditawar lagi
bahawa penyelesaian pertama dan paling utama
adalah mengembalikan umat ini kepada
pemahaman yang asolah(original), benar, utuh,
menyeluruh, jelas, dengan pendekatan terkini agar
umat ini kembali berjaya di abad ini. Islam yang
bersumber kepada Qur’an dan Sunnah serta sirah
Nabi yang penuh sejarah aplikasinya, serta sesuai
dengan pemahaman salafus shalih, dan sesuai
dengan kaedah ijtihad yang benar dalam
menterjemahkan Islam ke dalam konteks terkini.

Dalam rangka menyelamatkan umat ini tentunya
kita tidak berhenti pada kerja tajdid dan
penyebaran fikrah saja, namun harus dibarengi
dengan upaya menjadikan fikrah ini menjadi nyata
terpraktekkan dalam kehidupan umat sehari-hari.
Untuk itu kita harus melakukan perubahan setahap
demi setahap mengantarkan umat ini dengan
tarbiyatul ummah sampai tingkat kesempurnaanya.
Dan untuk itu kita percaya ada tahapan yang tidak
bisa kita langgar yaitu:

Kita harus memulai dengan merubah diri sendiri
menjadi peribadi da’iyah yang baik.

Langkah pertama: adanya peribadi yang shaleh
secara utuh.
Langkah kedua: keluarga muslim dalam seluruh
aspeknya.
Langkah ketiga: bangsa yang muslim dengan
segala ciri khasnya.
Langkah keempat: pemerintahan muslim dengan
segala keunikannya.
Langkah kelima: bergabungnya seluruh tanah air
Islam yang sudah dipecah-belahkan oleh penjajah
ke dalam satu kesatuan pemerintahan Islam.
Langkah keenam: berkibarnya bendera Islam di
mata dunia antarabangsa.
Langkah ketujuh: penegasan sekali lagi bahawa
Islam menawarkan da’wahnya ke seluruh manusia
sebagai peneraju peradaban dunia (ustadziatul
alam).

Sementara itu kita menyedari bahawa untuk
menuju kejayaan tersebut kita tidak punya pilihan
lain kecuali jalan yang panjang dan melelahkan ini.
Dan kita juga menyedari bahawa di setiap tahapan
ada programnya, sarananya, tentangan dan
hambatan yang berbeza serta keperluan setiap
marhalahnya yang senantiasa berbeza pula.

Jawaban dari kesemuanya tadi adalah kerja keras
yang tak mengenal putus asa, kerja yang didasari
dengan pemahaman dan keikhlasan serta dengan
komitmen dan resistensi yang tinggi, ukhuwah dan
amal jama’i yang didasari saling mempercayai
sesama a’dho’ dan kesetiaan pada jama’ah.

Selamat bekerja wahai pemuda….!!!

Tiada ulasan: