Ahad, 22 Februari 2009

RAHSIA PEMAKANAN GENIUS-GENIUS ISLAM...

Rahsia pemakanan genius-genius Islam
"Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Ara! b dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini.

Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangny a segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

Cool DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/ kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

1Cool BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori 

Rabu, 18 Februari 2009

4 Orang Lelaki Yang Ditarik Wanita Ke Neraka


Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat
golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka.


Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang dipikul!


1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak
perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama
seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-
anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan
hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka
oleh anaknya.


2. Suaminya

Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya.
Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi
untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam
diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa
tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

 

3. Abang-abangnya


Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ...tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.


4. Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam,bila ibu membuat kemungkaran pengumpat,mengata &
sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di
akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia
malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat ,maka kaum lelaki yang
bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.


Firman ALLAH SWT:-

"
HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA, JIN DAN  BATU-BATU..."

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan
seseorang muslim dengan SYURGA,semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita.

ASAL USUL SOLAT...


      ASAL USUL SOLAT


      SUBUH:
      Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s.,
      iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi.
      Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa
      takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam
      a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
      Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan
      malam.
      Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

      ZOHOR:
      Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim
      a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar
      menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada
      waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
      Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.
      Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga
      anaknya.
      Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
      Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan
      kibas.

      ASAR:
      Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus
      a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan
      nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu
      telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu
      bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh
      Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
      Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
      Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
      Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.
      Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.

      MAGHRIB:
      Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa
      a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan
      kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari.
      Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana
      diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:
      Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang
      Maha Esa.
      Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas
      ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
      Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu
      iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

      ISYAK:
      Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s.
      Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari
      negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita.
      Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu
      Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai
      tanda bersyukur.
      Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.
      Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
      Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.
      Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.

                  Terbitkan makna dalam kita mengerjakan solat
                          semoga dengan memahami bacaan
                   akan membuat kita lebih khusuk dalam solat.

                                Allah Maha Besar
                                (Takbiratulihram)

                                   Doa Iftitah
          Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
                   Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
         Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
       dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan
                                 orang musyrik.
                              Sesungguhnya solatku,
                                    Ibadatku,
                                    hidupku,
                                     matiku
                     adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
         Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
             menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

                                   Al-Fatihah
           Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
                   Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
                    Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
                         Yang menguasai hari pembalasan.
       Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon
                                  pertolongan.
                        Tunjukilah kami jalan yang lurus.
       Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka,
        bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang
                                     sesat.

                               Bacaan ketika rukuk
       Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

                         Bacaan ketika bangun dari rukuk
                  Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

                              Bacaan ketika iktidal
                 Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

                               Bacaan ketika sujud
      Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

                     Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
                            Ya Allah, ampunilah daku,
                                Rahmatilah daku,
                                  kayakan daku,
                               angkatlah darjatku,
                                 rezekikan daku,
                              berilah aku hidayah,
                              sihatkanlah daku dan
                              maafkanlah akan daku.

                           Bacaan ketika Tahiyat Awal
       Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
             Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
                                 keberkatannya.
          Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
      Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi
                 bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
               Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

                           Bacaan ketika Tahiyat Akhir
       Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
             Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
                                 keberkatannya.
          Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
      Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi
                 bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
         Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas
                                  keluarganya.
         Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga
                                    Ibrahim.
       Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau
      berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
                Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

                                    Doa Qunut
        Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah
                                 Engkau tunjuki.
          Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau
                                  sejahterakan.
         Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
      Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.

      Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
         Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak
       sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
          Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
                 Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
       Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
      Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang
                             telah Engkau tetapkan.
                Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
       Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas
                       keluarganya dan sahabat-sahabatnya.



         "Wahai Tuhan,  aku tak layak ke syurgaMu ...namun tak pula aku
                                     sanggup
      ke NerakaMu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya Allah
      jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
       ibubapa  kami .dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang
                                 telah meninggal
                                     dunia"



                       AKAN KU SAMPAI KAN WALAUSEBARIS AYAT

Ahad, 9 November 2008

NABI MUHAMMAD SAW MANUSIA AGUNG..

Rasulullah SAW....Dikala Baginda berhadapan dengan Malaikatulmaut...


  Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang  yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi  Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam,"  kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.  Kemudian ia  kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya  pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"."Tak tahulah ayahku, orang  sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"tutur Fatimah lembut. Lalu,  Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.  Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.  "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang  memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah,  Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.   

Malaikat maut datang menghampiri, tapi  Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya.  Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit  dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril,  jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara  yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah  menanti rohmu. Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata  Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih  penuh kecemasan.   

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?"  Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"  "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman  kepadaku: 'Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah  berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya  Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh  tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang."Jibril,  betapa sakit sakaratul maut ini."   

Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam,  Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.  "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu 
Jibril?" Tanya  Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup,  melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian  terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.  "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini  kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan  dadanya sudah tidak bergerak lagi.   

Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan  sesuatu, Ali 
segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis-shalaati,  wamaa malakat aimaanukum - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang  lemah di antaramu." Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan,  sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali  kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.  "Ummatii, ummatii, ummatiii!" - "Umatku, umatku, umatku" 

Dan,  berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah  kita mencintai sepertinya?   

Allaahumma sholli 'alaa Muhammad wa'alaalihi  wasahbihi wassallim. Betapa cintanya Rasulullah kepada  kita. 

NB: 

Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya  agar timbul kesadaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah  dan RasulNya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu  hanyalah fana belaka. Amin... 

Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih  banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah  kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak.

Isnin, 20 Oktober 2008

ADAB MENDENGAR AZAN.....

 
                                       
Allahu Akbar!!
 
                                     ADAB MENDENGAR AZAN 
                        Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya 
                         yang tidak kita ketahui.Cuba kita amati. Mengapa 
                        kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat 
                       berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik 
                         mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut'
                         Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah 
                         kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah 
                       akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. ' 
                    Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan 
                           diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan 
                     berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib 
                         menghormati  azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu 
                       kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan 
                                            diri. 
                         Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? 
                        Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah 
                       akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan 
                        kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita 
                        tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' yang 
                     mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika 
                        nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan 
                       syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama 
                      menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah 
                        ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. 
                      'Ya  Allah!  Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian          
                      yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami  mengucap  kalimah 'Lailahaillallah. .' 
                     semasa sakaratul maut menghampiri  kami.. Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin. .' 
 

Isnin, 18 Ogos 2008

KHUTBAH TERAKHIR Nabi Muhammad S.A.W kepada Umatnya

Khutbah Terakhir Rasulullah S.A.W kepada Umatnya...Hayatilah dan Fahamilah...

(Khutbah ini disampaikan oleh Rasulullah SAW pada 9 Dzulhijjah 10 H
di lembah Uranah, Arafah)


Ya, saudara-saudaraku, perhatikan apa yang akan aku sampaikan, aku tidak tahu
apakah tahun depan aku masih berada di antara kalian. Dengan itudengarkan
baik-baik apa yang kukatakan dan sampaikan ini kepada mereka yang tidak
dapat hadir pada waktu ini.

Ya, saudara-saudaraku, seperti kita ketahui, bulan ini, hari ini dan kota ini adalah suci, oleh itu pandanglah kehidupan dan milik setiap orang Muslim sebagai kepercayaan yang suci.

Kembalikan barang-barang yang diamanah kepadamu kepada pemilik yang sebenarnya. Jangan kau lukai orang lain sebagaimana orang lain tidak melukaimu.

Ingatlah bahwa kamu akan bertemu dengan Allah SWT dan Dia akan memperhitungkan amalanmu dengan
sebenar-benarnya. Allah SWT telah melarang mu memungut riba, oleh itu mula dari sekarang ini dan untuk seterusnya kewajiban membayar riba dihapuskan.

Waspadalah terhadap syaitan, demi keselamatan Agamamu. Dia telah kehilangan semua harapannya untuk membawa kalian pada kesesatan yang nyata, tapi waspadalah agar tidak terjebak pada tipuan halusnya

Ya, saudara-saudaraku, adalah benar kamu mempunyai hak tertentu terhadap isteri-isterimu, tapi mereka juga mempunyai hak atas dirimu

Apabila mereka mematuhi hakmu maka mereka memperoleh haknya untuk mendapat makanan dan pakaian secara layak.

Perlakukanlah isteri-isterimu dengan baik dan bersikaplah manis terhadap mereka, karena mereka adalah pendampingmu dan penolong mu yang setia. Dan adalah hakmu untuk melarang mereka berteman dengan orang-orang yang tidak kamu sukai, dan juga terlarang melakukan perzinaan.

Ya, saudara-saudaraku, dengarkanlah baik-baik, sembahlah Allah, Solat Lima kali dalam sehari, laksanakan Puasa selama bulan Ramadhan, dan
tunaikanlah Zakat, serta laksanakan ibadah Haji bila mampu. Ketahuilah bahwa sesama Muslim adalah bersaudara. Kamu semua adalah sederajat. Tidak ada Perbedaan satu terhadap yang lain kecuali Ketaqwaan dan Amal Shalih. Ingatlah,
Suatu hari kamu akan menghadap Allah dan harus mempertanggung jawabkan semua amalanmu. Karena itu berhati-hatilah jangan menyimpang dari jalan kebenaran setelah kepergianku nanti.

Ya, saudara-saudaraku, tidak akan ada Nabi atau Rasul sesudahku dan tidak akan ada agama lain yang lahir. Oleh itu dengarlah baik-baik ya Saudaraku, dan pahamilah kata-kata yang kusampaikan kepadamu, bahwa aku meninggalkan dua pusaka, Al-Qur'an dan contoh-contohku sebagai As-Sunnah dan bila kalian mengikutinya tidak mungkin akan tersesat.

Siapa yang mendengarkan perkataanku ini wajib menyampaikannya kepada
Yang lain dan seterusnya dan mungkin yang terakhir memahami kata-kataku ini akan lebih baik dari yang langsung mendengarkan. Demi Allah aku bersaksi bahawa aku telah menyampaikan ajaran-Mu kepada umatku ya

SILA SAMPAIKAN MESEJ INI KEPADA SAUDARA KITA YANG LAIN DAN SEMOGA ALLAH SWT AKAN MEMBERIKAN RAHMAT-NYA. AMIN YA RABBAL ALAMIN.

oleh MBI...

Ahad, 17 Ogos 2008

Fahamilah maksud T.A.Q.W.A...

T.A.Q.W.A
Assalamaualaikum warahmatullah. Syukur kita panjatkan kepada Allah kerana masih lagi dikurniakan subsidi nyawa untuk meneruskan kehidupan ini bagi tujuan mengabdikan diri kepadaNya.. Selawat dan salam kita titipkan ke atas junjungan kekasih Allah iaitu Muhammad Pesuruh Allah..


Sahabat-sahabat yang dimuliakan..

Di kesempatan ini saya ambil peluang untuk mencoret sesuiatu yang mungkin Insya Allah kita mendapat manfaat daripadanya. . Secara jujurnya kita cuba ambil satu masa untuk sama-sama kita koreksi diri tentang tahap TAQWA kita kepada Allah SWT.

Kita cuba bersikap jujur terhadap diri dari dasar hati yang dalam dengan menginsafi segala pengkhianatan yang pernah kita lakukan terhadap lautan nikmat Allah sedangkan betapa sedikit pula ketaatan kita kepadaNya. Dalam keadaan begini, amat wajar untuk kita mengajukan persoalan kepada diri kenapa hati kita menjadi begitu keras sekali, seakan-akan kerlipan kebenaran tidak pernah bertapak di lubuk hati kita.

Inilah akibatnya jika hati tidak sudah mengenal TAQWA!!

Rasanya tidak layak diri ini mengharapkan keindahan dan kebaikan, di mana pada masa yang sama kita sering menghadirkan kejelekan dan kemaksiatan!

Rasanya tak layak kita memohon keampunan ketika mana di waktu lain kita hadirkan kederhakaan!

Rasanya tak layak kita disebut hamba pilihan kerana perintha dan larangan tidak jua kita agungkan!

Taqwa itu ibarat anak kunci...

Sahabat mahupun kerabat sekalian..

Saya pernah mendengar Naqib saya (warga Yaman) Shiekh 'Aidil iaitu seorang penuntut pHD. bidang Elektrik, membacakan beberapa potongan ayat daripada Surah Al-Qiyamah ketika bersama dalam Halaqohnya(Islamic discussion). Apa yang menyentuh sanubari saya ialah, beliau menangis dan meratap lantaran penghayatan yang begitu mendalam ketika menerangkan maksud ayat tersebut kepada kami sehingga seluruh ahli halaqoh juga menangis bersama..

"Wajah-wajah orang kafir ketika itu (hari kiamat) muram(24) Mereka yakin bahawa mereka akan dikenakan malapetaka siksaan yang maha dahsyat(25) Tidak! apabila nyawa sudah berada di kerongkong(26) Dan katakanlah kepada manusia, "siapa yang dapat menyembuhkan kamu?"(27) Dan ketika itulah mereka yakin bahawa itulah waktu penamat kehidupan(28) Maka bertaut betis kiri dan kanan (lantaran kesakitan sakratulmaut) (29)"—Surah Al-Qiyamah

Ayat ini cukup menggoncang jiwa..
Ayat ini amat besar makna dan mesejnya..
Ayat ini juga adalah ancaman bagi mereka yang tidak pernah memikirkan persoalan TAQWA ketika mana nyawa masih dikandung badan!!

Mari kita renungkan sebuah madah dari Tok Guru Nik Aziz

"Hati siapa yang tak terusik bila melihat seseorang yang begitu Tawadhu"...

Soalan: Ada orang kata taqwa itu ada dalam hati. Tidak perlu ditunjuk?

Tok Guru Nik Aziz: Yalah, sungguhpun taqwa itu letaknya dalam hati dan hati itu berada di dalam, tidak nampak; tetapi kesan ataupun tinggalan kerja-kerja taqwa itu tetap masih boleh dilihat,dirasa dan dikesan kehadirannya. Sekiranya tak nampak, bahkan kesan-kesan yang dialami masyarakat adalah sebaliknya, jenayah sampai boleh meningkat 45% misalnya; maka taqwa itu tidak sudah duduk di hati. Tidak dipentingkan akan 'ada' ataupun 'tiadanya'. Kita asyik cuba membaiki manusia dengan mengetatkan undang-undang, beli dan pasang CCTV, perbesarkan pasukan polis menjadi 60 000 kekuatan, bina lebih banyak balai polis, perbanyakkan penjara dan pusat serenti, macam-macam lagilah; sedangkan hati manusia itu tidak disediakan 'brek', maka macam mana kita nak 'stop' segala pertbuatan fasya' dan mungkar?

Soalan: maksud Tok Guru?

Tok Guru Nik Aziz: maksud saya, TAQWA. 'brek' itu adalah TAQWA. Apa yang saya nak sampaikan adalah kepentingan TAQWA. Mencari jawapan di luar daripada itu, maka jawapannya; tidak jumpa jalanlah. Berjalan dengan tiada 'brek'. Maka sesorang itu akan 'sesat' dan 'berlanggar' . Kita kena ingat benda 'sesat' ini bukan hanya di tengah hutan. Dalam bandar dan di tengah siang pun orang boleh 'sesat'.

Soalan: Boleh Tok guru kaitkan antara TAQWA dengan Syurga dan Neraka?

Tok Guru Nik Aziz: Begini, anak kunci pintu syurga itu ialah TAQWA. Dalam pengertian lain, jika saya boleh umpamakan TAQWA itu sebagi roh ataupun perasaan takut ataupun lebih tepat, BERINGAT dengan kehadiran Allah yang sentiasa maha memerhatikan kita dalam segenap keadaan tidur mahupun jaga. Perasaan dan kesedaran inilah yang mampu menghantar seseorang kepada syurga berkat segala amal ikhlasnya. Soal syurga dan neraka ini bukan projek orang itu orang ini ataupun kerajaan itu kerajaan ini. Sekiranya kedua-duanya ini adalah projek kerajaan, memanglah tiada masalah untuk dipinda ataupun dibatalkan. Tapi, ini adalah projek Allah SWT. Inilah hakikatnya. Mahu tidak mahu kita kena tunduk kepadanya. Tunduk inilah TAQWA. TAQWA jenis ini sahajalah yang akan membawa sesiapa jua ke syurga. Inilah hubungan antara TAQWA dengan Syurga dan Neraka.

Soalan: Maksud Tok Guru, hanya dengan TAQWA sahaja sesorang itu boleh ditentukan sama ada mulia ataupun hina?

Tok Guru Nik Aziz: Ya, ya. Mesti begitu. jika tidak, saya cukup-cukup takut orang yang diberi gelaran di dunia umpamanya dengan pangkat Yang Amat Berhormat tahu-tahu di akhirat kelak, gelaran itu menjadi terbalik. Daripada al-Aziz menjadi yang Amat Hina, daripada Yang Amat Setia menjadi Yang Amat Derhaka. Daripada Yang Amat Arif menjadi Yang Amat Bodoh lagi buta mata hati. Daripada Yang Amat Berbahagia menjadi Yang Amat Berdukacita.

Moga sifat TAQWA tersemat di hati!

Itulah pengharapan yang sepatutnya kita damba bersama sebagai seorang hambaNya. Maka oleh itu, segala gerak-geri dan juga tingkah kita hendaklah menjurus ke arahnya.. Dan dalam kesibukan sebagai seorang pelajar universiti, janganlah juga kita lupa untuk memantapkan dan mencantikkan singgahsana TAQWA dalam lubuk sanubari kita!! Insya Allah wa ma'assalaamah!